akhirnya, penantian 20 tahun rakyat Malaysia untuk melihat kebangkitan pasukan bola sepak negara berakhir juga. tanggal 17 disember 2009 akan terus terpahat dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila pasukan kebangsaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan Sea ke-25 yang sedang diadakan di Vientiane, Laos selepas kali terkahir melakukannya 20 tahun lalu di Kuala Lumpur.
walaupun hanya menjadi johan di kejohanan kecil, tapi sekurang-kurangnya menjadi bayangan kebangkitan bola sepak Malaysia sejak mengalami penurunan prestasi beberapa tahun kebelakangan ini. pada perlawanan akhir itu, pasukan Malaysia berjaya membenam cabaran Vietnam 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan lawan sekaligus membalas dendam kekalahan kepada pasukan yang sama 3-1 pada peringkat kumpulan.
aksi tersebut seolah mengulang kembali kenangan 20 tahun lalu yang mana Malaysia merangkul pingat emas menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 1989 yang menyaksikan jurulatih Pahang sekarang, Dollah salleh menjaringkan satu gol manakala Lim Teong Kim yang kini menjadi jurulatih skuad bawah 19 tahun pasukan Bundesliga, Bayern Munich menjaringkan dua lagi gol.
semoga kejayaan kali ini mampu kekal lama dan menjadi titik tolak kebangkitan pasukan bola sepak negara di peringkat antarabangsa. perjalanan masih jauh dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk mencungkil bakat di setiap peringkat umur untuk memastikan impian yang lebih tinggi mampu digapai. tahniah!!
p/s: salam maal hijrah...