Sunday, July 12, 2009

HaDiaH RaKYaT...


    Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

  • Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
  • Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
  • Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
  • Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
  • Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
  • Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
  • Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
  • Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
  • Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
  • Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
  • Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

- Berita Minggu, 12 Julai 2009 -

No comments: