Nur Kasih... Kisah kasih antara ibubapa untuk anak-anak. Kisah kasih antara abg dan adik. Kisah kasih antara suami dan isteri. Dan kisah kasih antara manusia digarap dan dijadikan tontonan umum. Kisah yg aku sendiri tersentuh bila tgk trailer cerita ni. Sampaikan aku sndri bleh menangis tgk cite ni. Aku ikut cite ni satu demi satu episod dan mmg akui cite ni mmg best dan bleh dikategorikan cite bersiri paling menarik untuk ditonton abad ini..
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Kalau nak describe pnjg lebar pasal cite ni mmg takkan abih. Sbb cite mmg best tahap gaban. Kepada kawan2, aku menyeru supaya tgk la cite. Mmg best tahap gaban punye. Aku jamin sape yg tgk cite mmg akan tersentuh. Paling2 kurang menitis la jgk air mata bila tgk cite ni. Dgr OST dia pun dah bleh tersentuh. Lagu Nur Kasih nyanyian Yasin. Pada yg berminat nak tgk cite ni, cite ni dah masuk episod 7. Disiarkan di TV3 setiap Jumaat jam 9.00 mlm. Kalu nak tgk cite ni dr mula, kunjungi laman web ni:
http://www.tv3.com.my/nurkasih/
Lewat ini kurasakan
Kasih kian kudambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahaya-Nya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih... Nur kasih...
Nasib diri dan pilihan
Lahir untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur kasih... Nur kasih...
-aRJuNa-
2 comments:
oit..mmg..best gile cite nih!
awk tgk ke?
Post a Comment