Monday, May 31, 2010

Monday, May 24, 2010

PaDa SuaTu HaRi...


ku menjalankn kerja seperti biasa..
melayan setiap pelanggan dengan tertib..
hingga sampai ke seorang pelanggan ini..
aku masih lagi ingt..
ketika itu keadaan sangat2 la sibuknye..
dgn Q ktiga2 kaunter pjg..
aku ingt plggn ni.. dia regular custmer kteorg..
time tu aku amek mcm biase jgk la..
mcm custmer2 yg lain..
shingga la bila aku nk amek order dia tetiba dia ckp..
"...dek,amek dlu order akk yg kt sna tu.. dia da lma Q..."
aku pun pndang la org yg dia mksudkn..
akk tu mgandung dan tgh myndar kt dinding..
mybe sbb pnt n lma sgt tunggu..

aku pun pgl la kakak tu utk amek order dia..
mula2 akk tu mcm pelik gak.. knp aku tetibe je pgl dia..
aku ckp tkpe akk order je dlu..
smbil aku packing order akk tu.. aku trpkir sjenak..
msih ad yg prihatin dgn keadaan skeliling..
kalau la kebanyakan msyrakat kita berperangai spt ini alangkah bgusnya..


~mawar~

Friday, May 21, 2010

WhY GoD MadE TeaCHeRs...


When God created teachers,
He gave us special friends
To help us understand His world
And truly comprehend
The beauty and the wonder
Of everything we see,
And become a better person
With each discovery.

When God created teacher,
He gave us special guides
To show us ways in which to grow
So we can all decide
How to live and how to do
What's right instead of wrong,
To lead us so that we can lead
And learn how to be strong.

Why God created teachers,
In His wisdom and His grace,
Was to help us learn to make our world
A better, wiser place

God understood our thirst for
knowledge, and our need to be led
by someone wiser;
He needed a heart or compassion,
of encouragement, and patience;
Someone who would accept
The challenge regardless of the
opposition;
Someone who would see potential
and believe in the best in others...
So He made teachers....



-aRJuNa-

Wednesday, May 19, 2010

kE-3 vS. kE-4...


Dua cerita berbeza. Dua pasukan berbeza. Mewakili satu negara. Membawa satu bendera. Menggalas satu harapan. Harapan 27 juta rakyat Malaysia!


Itulah gambaran yang tepat untuk pasukan Malaysia dalam dua kejohanan sukan berbeza. Pasukan badminton beraksi di kejohanan Piala Thomas manakala pasukan hoki berjuang di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah. Ironinya, kedua-dua kejohanan ini diadakan di Malaysia; Piala Thomas di Kuala Lumpur manakala Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Namun, status tuan rumah bukanlah jaminan bagi kedua-dua pasukan untuk meraih kejayaan. Skuad Piala Thomas misalnya, walaupun gah dengan rekod Lee Chong Wei yang tidak pernah tewas kepada Lin Dan di gelanggang sendiri, nampak seperti tidak membawa apa-apa makna apabila mudah tunduk kepada seteru utamanya itu di peringkat separuh akhir di mana Malaysia tewas 3-0 pada perlawanan tersebut. Lebih memalukan apabila pemain veteran, Wong Choong Hann kalah semua perlawanan sepanjang kejohanan.

Para pemain badminton China berbangga dengan kejayaan memenangi Piala Thomas
buat kali keempat berturut-turut.

Kekalahan pada peringkat separuh akhir itu sekaligus meletakkan Malaysia di kedudukan ke-3 berkongsi tempat dengan pasukan Jepun dan seterusnya memanjangkan penantian Malaysia untuk memenangi Piala Thomas sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun lagi yang mana kali terakhir Malaysia menjulang piala keagungan sukan badminton ini pada tahun 1992.


Berbeza sedikit dengan pasukan hoki Malaysia. Walaupun kejohanan Piala Sultan Azlan Shah tidak mendapat publisiti besar-besaran seperti Piala Thomas, namun skuad hoki negara mampu menghasilkan sesuatu yang lebih membanggakan. Mendapat tempat ke-4 dalam kejohanan ini berbanding tempat ke-3 oleh skuad Piala Thomas, peluang Malaysia untuk beraksi di final Piala Sultan Azlan Shah hanya dinafikan oleh perbezaan jaringan dengan pasukan lain yang mana Malaysia mampu berkongsi mata dengan Korea Selatan dan Australia.


Namun keputusan-keputusan memberangsangkan dari pasukan hoki apabila mereka berdepan pasukan-pasukan handalan dunia; hampir menang ke atas Pakistan apabila mendahului 3-1 namun diikat 3-3, menang ke atas India 5-2, seri 1-1 dengan Korea Selatan dan tewas tipis kepada Australia dengan 2-1 sudah cukup untuk merumuskan pencapaian mereka lebih baik berbanding skuad Piala Thomas.

Pemain Malaysia, Tengku Ahmad Tajudin (kiri) diasak oleh dua pemain Australia
pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Bukan sahaja pemain senior seperti Mohd. Amin Rahim, S. Kumar dan Azlan Misron cukup menyerlah malah beberapa bintang muda seperti Faizal Saari, Azreen Rizal Nasir dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin begitu menyerlah lantas membuktikan hoki negara tidak pernah ketandusan pelapis. Tambah mengujakan, skuad negara yang selalu mengharapkan pukulan sudut penalti untuk mendapatkan jaringan mula menunjukkan kemajuan apabila banyak jaringan gol padang hasil gandingan Azlan, Faizal, Hafifihafiz Hanafi dan Izwan.

Apapun keputusan yang dicapai, kita haruslah berbangga dengan pemain-pemain Malaysia tidak kira skiad Piala Thomas mahupun pasukan hoki atau mana-mana atlet Malaysia kerana sudah pastinya mereka sudah berjuang berhabis-habisan demi nama negara untuk menjulang Malaysia sebagai jaguh dunia dalam setiap sukan yang disertai. Majulah sukan untuk negara!


-aRJuNa-